Thursday 23 August 2012

:')

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang


bila aku baca balik entry2 aku yang lepas. sedih sangat. hati penuh jahitan luka. semuanya hancur. harapan aku musnah. takde ruang udara untuk aku bernafas. aku dapat rasakan lagi kesakitan tuh. kesakitan di atas perbuatan orang yang benar2 aku sayang. benar untuk hidup bersama. kesakitan itu masih segar di ingatan. masih segar di hati. subhanallah. aku tak dapat bayangkan lagi kalau aku masih di kedudukan tuh sekarang.
aku dah terasa sangat sakit dah. semuanya bagaikna terhenti. cukuplah. aku tak nak rasa lagi kesakitan tuh.

mana silapnya aku ? terlalu menyayangi ? terlalu setia ? terlalu percaya ? terlalu ?

Tuhan ..
salahkah aku tentang itu semua ?

kepercayaan aku telah hilang pada seseorang bergelar lelaki. 

aku cuba bangkit dari kejatuhan. kebahagiaan telah aku cuba kutip sekarang nih. dan aku merasakan kebahagiaan itu. adakah hanya pada mulanya sahaja ? aku jadi takut dengan perasaan aku sendiri. adakah ini semua hanya harapan sampah untuk aku ? adakah sekali lagi untuk aku ? entah. aku sendiri tidak tahu. aku sudah terikat dengan perasaan ini.

to my future husband.
terima kasih dengan kehadiran diri dalam hidup ini.
maafkan aku sebab terlalu menyayangi. salahkah aku kerana terlalu menyayangi ? salahkah aku ? adakah ini  semua hanya harapan sampah untuk aku ? adakah aku berharap terlalu tinggi ?  ketahuilahh hati ini telah kau ubati. telah kau baik pulih. aku mohon sepuluh jari, jangan kau darahkannya semula. kebahagiaan dunia akhirat aku mohon.


Monday 20 August 2012

salam lebaran :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Perkasa.


alhamdulillah. pejam celik pejam celik. sudah 20 tahun aku menyambut raya aidilfitri :) alhamdulillah atas kesempatan ini ya Allah. aku seperti biasa. raya di kampung halaman di felda taib andak kulai johor. nih jelaaa kampung the best yang pernah aku ada. kampung nih jugak laa tempat aku sendiri membesar. so sangat gembira sambut raya dekat sini. rumah aku nih pun berhadapan dengan masjid. so bertambah2 laaaa meriahnye bila dengar takbir dipagi raya. sumpah sedih. heeee. so tema tahun ini kaler merah. pilihan ibu aku. so bedal aja. merahhhhh makngahhhh nokkkk. eheheh :p

dan macam biasa. first raya mesti mak mertua abang aku datang beraya kat rumah. so bertambahlah meriah dekat situ ye. dengan ditambah lagi kenakalan anak buah aku Muhammad Danish. apakkkk pening kepala. semua dia nak kerjakan kat dalam rumah tuh. tapi apa pun. mak ngahhhh tetap love youuuu Danishhh sayang :) dan seperti biasa juga. mesti ada sesi fotografi. weeehuuuuu :p


tadaaaa. merah dan kuning jadi pilihan kami :) baju ibu dengan nenek sama. weewittt. aku ada jugak baju tuh. tapi takmoh pakai. ngeeee :p nih keluarga aku dengan keluarga kakak ipar aku.

dan selepas abis sesi fotografi. macam biasalahhh adat bila hari raya. bermaaf-maafan. hee.


ouhh hyeeeee. saya anak perempuan ayah yang degil. weeehuuuu. minta ampun minta maaf ayah. duit raayyaaaaaaaa pleaseeeeeee. ehehehe. *muka ayah cam tak ikhlas je nak maafkan aku sebab aku degil sangat* ehehehe


*bisik kat telinga ibu. ibu duit rayaaaaa pleaseeeeee* pastuhhh ibu cakap. dapat pulakkkkk ! ehehehe. hampehhhhhh. sedihhhh pedihh je aku. hehehe





jyeahhhhh kami cuma 3 beradik je :) dan aku sorang je perempuan. mempunyai abang yang sempoi yeye katak dan adik yang selalu mintak kaki kat muka. dan kami anak ibu ayah yang sweet sour degil nak mampos. ehehehe. tapi kami cuba untuk jadi anak yang baik. jyeahhhhh !


diz iz my my family. i love uollsssssss :)

sempena syawal nih. aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin :)
minta ampun minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
minta halal makan minum dunia akhirat.
minta maaf kalau terkasar bahasa. terlanjur bicara.
semuanyaaaa laa ye.
so....
0-0 
hehe :)

Thursday 31 May 2012

berserah

 
Ya Allah..
bagaimanakah aku mahu teruskan hari2ku dengan perasaan sebegini Ya Allah.
perasaan yang membunuhku.
perasaan yang merosakkan hari2 indahku.
perasaan yang melenyapkan senyum tawaku.
perasaan yang membunuh setiap denyut nadiku.
perasaan yang menghilangkan keyakinanku bahawa adakah lagi kegembiraan itu.

Ya Allah..
peritnya hati ini tidak tertanggung Ya Allah.
tiada tempat untuk aku mengadu melainkan Engkau Ya Allah.
tiada seorang pun yang akan mengerti melain Engkau Ya Allah.
tiada seorang pun dapat menyembuhkan perasaan ini melain Engkau Ya Allah.
tiada siapa melain Engkau Ya Allah.

Ya Allah..
ku mohon kekuatan hati.
ketenangan hati.
ketenangan jiwa.
hampirilah hatiku Ya Allah.
pimpinlah hatiku Ya Allah.

ketahuilah hati ini sudah cukup sakit Ya Allah..

kepada insan yang terlalu disayangi itu.
ketahuilah bahawa hati ini sangat mencintaimu.
sangat merinduimu.
sangat menginginkanmu.
ketahuilah bahawa hati ini tiada ruang sikit pun untuk yang lainya.
ketahuilah aku ikhlas mencintaimu.
ikhlas menyayangimu.
aku tak minta lebih apa pun.
hanya kasih sayang dan perhatian darimu.
itu sudah cukup untuk aku.
tersangat cukup.
jujurlah denganku walau apa punnnn.
ketahuilah hati aku ini sedang sakit.
sakit atas setiap perbuatanmu.

mungkin hati ini akan pulih.
dengan izin Allah.
tak kira macamana sekalipun.
aku yakin hati ini akan pulih suatu hari nanti.
aku harap akan pulih sepenuhhhnyaaaaa.
sepenuhnyaaaaa..

Ya Allah.
 terima kasih atas pertemuan aku dan dia.
jika dia bukan tercipta untukku.
kikiskanlah pesonanya dari kedua mata.
hapuskanlah rasa sayang ini terhadapnya.
lenyapkanlah perasaan ini terhadapnya.
dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada.
bahagiakanlah dia ku doakannya.
padaMu ku mohon sucikan hatiku.
sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencanaMu.

ku mohon kembalikanlah senyumanku.
kebahagiaanku.
untuk aku meneruskan kehidupan ini.

kekuatan hati aku mohon.

Thursday 24 May 2012

sampah


CINTA ?
cinta sebenarnya apa ? setelah semua yang aku lalui, rasa, telan. aku dah menjadi semakin tak tahu apa iu cinta. cinta yang aku rasa segalanya. kini buat aku jatuh melutut di kaki cinta. cilaka. itu yang aku rasa. dengan rasa cinta ini. aku seakan mati apabila mahu kehilangannya. duniaku terasa tak menentu. aku rebah, goyah. dengan rasa lebih rela aku benamkan diri di dasar bumi. agar aku tak merasa sakitnya itu. adakah itu cinta ? 

bukankah cinta itu membahagiakan. bukankah cinta itu menyenangkan. bukankah itu ? bukankah ini ? jadinya apa ? mungkin pada awalnya sahaja. kemudian apa ? lama kelamaan. cinta itu layu. membusuk. lalu di biar sehingga lunyai hancur. apakah sejahanam itu cinta ?

semakin hari aku menjadi semakin takut. takut untuk menghadapi kenyataan. takut untuk menerima kenyataan. kenyataan tentang apa ? kenyataan tentang akan hilangnya cinta itu. kenyataan akan terhapusnya cinta itu. kenyataan tentang rapuhnya cinta itu. jahanam.

cinta itu kian jauh. cinta cari bila perlu. cinta tegur bila mahu. cinta menyapa bila terasa. itu tidak lagi cinta. cinta itu hanya menyakitkan. memeritkan. hati ? jika bole di nyatakan. penuh bekas jahitan2 luka. tak pernah sekali kau nampak cinta. tapi tolonglah merasa. apa kau sudah buta cinta ? apa kau sudah tidak punya perasaan. kita berbeda. harus kau ingat tuh.

janji ? 
aku sudah muak dengannya. pergi jahanam sama janji. kita manusia. berjanji bila bahagia. memungkiri apabila mahu. dulu katanya itu. katanya ini. janjiku itu. janjiku ini. tapi sekarang apakah janji itu ? SAMPAH ! itu yang boleh aku katakan.

ini laaa antara yang terjadi cinta antara manusia. subhanAllah. seharusnya aku harus perbaiki hubungan ku denganMu. setelah itu barulah aku serahkan segalaNya padaMu Ya Tuhanku.

maaf. aku sedang terluka.
dan
sangat terluka..

Saturday 12 May 2012

i'm still here :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih :) 

 

subhanAllah. lama sangat dah aku tak update blog nih. apa yang ingin ku ceritakan. apa yang aku ingin luahkan. banyak sebenarnya. dah lama sangat terpendam. lama-lama dah sebati pada diri. hingga aku lupa bahawa aku punya banyak cerita untuk dikongsi bersama. ya ! telah banyak aku lalui sekarang nih. suka duka. semua aku tempuh. tapi Alhamdulillah. aku masih lagi berdiri. masih lagi boleh tertawa. masih lagi boleh menangis. maaf. tiada apa untuk di luah pada hari ini. cuma aku nak sampaikan yang aku masih lagi disini. masih lagi ingin meluah. masih lagi ingin menulis :)

^_^

Friday 9 March 2012

thats true

        
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :)


when i first met you. i was afraid to like you..
now that i like you. i'm afraid to love you..
now that i love you..
i'm afraid to lose you..

A'A

Sunday 5 February 2012

berubah

Dengan Nama Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui


aku rasa semuanya bagai berlalu semalam. memori. gelak tawa. semua masih aku kenang. janji kita. saat kita lihat bintang. aku masih rindu semua itu. semuanya masih segar dalam memori aku. tapi bagaimana kita sekarang ? maaf. aku rasa kau sangat jauh dari aku. kau tak seperti dulu. gelak tawa,kata sayang. aku rindu dalam setiap pesanan yang kau hantar. tapi sekarang semuanya dah suram. aku cuba runtuhkan ego aku. untuk seperti biasa. tapi kau tetap begitu. mungkin bagi kau,aku yang bersalah. maaf. 

aku rindu semua kenangan kita. setiap apa yang kita lalui sama-sama. gelak tawa kita. gurau senda. semuanya masih muda dalam ingatan aku. macamana lepas nih ? dapat aku rasa semua ini lagi dengan kau ? entahla. DIA lebih mengetahui. aku ingat lagi. kau bilang. kau takut satu hari aku berubah hati. air mata aku jatuh laju. bila baca semua msg yang kau hantar sebelum ini. kau kata aku princess kat hati kau. kau takut satu hari nanti aku dah tak sayang kau, tapi apa aku bilang. satu hari itu mungkin kau. tapi tidak bagi aku. betul kan apa aku cakap ?

maaf kalau aku begitu mudah terasa hati. tapi inilah aku yang harus kau tahu. sayang.. jujur saja pada hati itu okay. kalau kau dah tak bisa untuk terima aku lagi. luah saja. supaya aku tak rasa hubungan nih tergantung. aku takan memaksa hati kau. aku pasrah apa jadi lepas nih. tapi ingat. aku tetap dengan hati ni.

A'A